Ahad, 1 Januari 2017

SELAMAT DATANG TAHUN 2017

1 Januari 2017- pihak pengurusan SKBP mengucapkan selamat datang kepada anak-anak SKBP ke sekolah pada 3 Januari 2017, iaitu hari pertama persekolahan. Diharap segala persiapan persekolahan anak-anak telah lengkap.

Peringatan mesra kepada para ibu bapa atau penjaga, Program dan tentatif bagi hari pertama persekolahan
1. Program Guru Penyayang: para guru akan mengalu-alukan kehadiran anak-anak ke sekolah.
2. Murid perlu datang selewat-lewatnya  7:15 pagi.
3. Perhimpunan pagi akan diadakan di Foyer Tun Abdul Razak (7:30 pagi - 8:10pagi)
4. 8:10 pagi- 1:40 petang . Pembelajaran anak-anak akan berjalan seperti biasa.

PERHATIAN SERIUS: 
 1. URUSAN JUAL BELI TIDAK DIBENARKAN PADA HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN. JIKA PERLU MEMBUAT PEMBELIAN, IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU BERURUSAN DI PEJABAT.
2. SILA BAWA BUKU TEKS, BUKU TULIS DAN ALAT TULIS SECUKUPNYA.






1 ulasan: