Ahad, 29 Mac 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG

28 MAC 2015 - Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat telah berlangsung di Foyer Tun Abdul Razak dengan kehadiran paling ramai sejak 10 tahun lalu melebihi 350 orang.

Sejumlah 3 keluarga pula dianugerah Perpustakaan Keluarga terbaik. Mereka menjadi contoh kepada komuniti setempat agar mewujudkan perpustakaan di rumah masing-masing.


 c

Sila ikuti link PIBG untuk foto dan info tambahan

Sabtu, 28 Mac 2015

PENUTUP MINGGU ANTIDADAH

27 MAC 2015 - Majlis Penutup Minggu Antidadah peringkat sekolah diadakan pada hari ini.


Sila klik link GALERI untuk ikuti foto aktiviti

Khamis, 26 Mac 2015

TERAPI BOWLING PENDIDIKAN KHAS

26 MAC 2015 - Semua guru, PPM dan murid Kelas Pendidikan Khas SK Bandar Pusat mengikuti Program Terapi Bowling di U-Bowl Star Mall Mentakab kali ini. Beberapa penjaga murid turut serta mengikuti program ini.


Puan Rusliza Hassan, GPK Pendidikan Khas turut serta menjayakan program ini bersyukur kerana segala perancangan mencapai objektif.




Sila klik link GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

Rabu, 25 Mac 2015

MTAQ DAN FESTIVAL NASYID 2015

25 MAC 2015 - Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid Kelompok Jengka telah berlangsung dengan jayanya di SK Bandar Pusat hari ini.

13 sekolah Kelompok Jengka telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Bercerita, Pertandingan Tulisan Jawi, Ujian Hafazan, Ujian Tadarus Al-Quran dan Pertandingan Nasyid.


Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Tuan Haji Yazit telah merasmikan majlis ini.

SK LKTP Jengka 8 telah diisytiharkan sebagai Tuan Rumah MTAQ 2016 menerusi Gimik Perasmian dilaksana oleh perasmi majlis.

SK Bandar Pusat terus mencatat kegemilangan menerusi kejayaan merangkul Johan Pertandingan Nasyid Kelompok Jengka yang akan mewakili kelompok kepertandingan MTAQ peringkat daerah 31 Mac 2015 ini.

Sila ikuti foto aktiviti menerusi link GALERI


Selasa, 24 Mac 2015

PELANCARAN NILAM KELOMPOK JENGKA

24 MAC 2015 - SK Bandar Pusat Tuan Rumah Pelancaran NILAM Kelompok Jengka 2015. Kesemua 17 sekolah Kelompok PKG Bandar Pusat, 3 buah sekolah jemputan dan pemerhati daripada PKG Mentakab telah bersama-sama memeriah program yang dirancang.


Pegawai Pendidikan Daerah Maran telah merasmikan program tersebut dengan disaksikan oleh lebih 200 peserta daripada sekolah-sekolah yang terlibat.



Semua Pengawas PSS yang hadir seterusnya mengikuti kursus kepimpinan di PKG Bandar Pusat untuk SM manakala di Perpustakaan Tun Seri Lanang SK Bandar Pusat untuk SK.


Majlis diakhiri dengan melawat Galeri SK Bandar Pusat.


Sila klik link GALERI untuk foto aktiviti.

Isnin, 23 Mac 2015

MINGGU ANTIDADAH 2015

23 MAC 2015 - Tuan Guru Besar, SK Bandar Pusat, Tuan Haji Hamzah bin Mat Ali telah merasmikan Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah pada hari ini.


Dalam ucapan pelancaran tersebut, beliau ada menyentuh tentang ancaman dadah yang membelenggu negara dan memusnahkan masa depan generasi muda. Beliau mengingatkan para pelajar agar menjauhi najis dadah dan menjadi masyarakat yang berguna, berjasa, berbakti dan sayang akan negara.




Minggu Anti Dadah ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti bermula 23 Mac hingga 27 Mac 2015 ini.

Sabtu, 21 Mac 2015

UNIVERSITY COMMUNITY ENGAGEMENT

21 MAC 2015 - Majlis Penutup Program University Community Engagement (UCE) telah ditutup dengan rasmi oleh ADUN Jengka Dato' Wan Salman bin Wan Ismail di SK Jengka Pusat 2.

UiTM Cawangan Pahang merupakan universiti yang terlibat dalam program UCE ini. SK Bandar Pusat telah diwakili oleh 10 orang murid Tahun 4 yang menyertai bimbingan pasukan pancaragam.Turut serta dalam program ini ialah murid-murid daripada SK Jengka Pusat 2 dan SK Desa Jaya




Tahniah kepada peserta yang berjaya menamatkan program ini.


Selasa, 3 Mac 2015

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

3 MAC 2015 - SK Bandar Pusat menerima pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada hari ini.


Tuan Guru Besar, Haji Hamzah bin Mat Ali telah menerima Sijil Pengiktirafan tersebut dalam majlis yang berlangsung gilang-gemilang di Dewan Za'ba, Putrajaya.


Segenap warga sekolah mengucapkan tahniah di atas pencapaian ini. Tahniah! SK Bandar Pusat.