Isnin, 27 Oktober 2014

SUKAN TAHUNAN

Pada tahun ini, Temasya Sukan Tahunan SK Bandar Pusat akan berjalan secara bersederhana pada 30 Oktober 2014 (Khamis) dengan menjayakan program 1M1S, temasya kali ini turut melibatkan semua murid menerusi acara sukantara pada 29 Oktober.

Encik Basri Abdullah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum menjelaskan program yang dilaksanakan semasa temasya sukan kali ini bukan sekadar memenuhi takwim sekolah tetapi sebagai satu kaedah pemilihan wakil sekolah ke MSSD 2015. Ini melibatkan acara Lari 100m, 4 X 100m, 200m, Lompat Tinggi, Lompat Jauh dan Lontar Peluru bagi murid Tahun 3 sebagai persediaan wakil sekolah untuk kategori acara Bawah 10 Tahun.

Semua murid diharapkan dapat memperlihatkan kesungguhan dan menghasilkan kejayaan menerusi semangat 1M1S. Selamat Bersukan.

Rabu, 22 Oktober 2014

HAPPY DEEPAVALI

Warga SKBP mengucapkan Happy Deepavali kepada semua bekas guru dan pelajar yang beragama Hindu dan pernah bersekolah di sekolah ini.

Ahad, 19 Oktober 2014

CUTI SEKOLAH 18 - 26 OKTOBER 2014

Minggu berikut ini adalah minggu cuti panjang yang melibatkan cuti berganti perayaan Deepavali, Hari Keputeraan Sultan Pahang dan Maal Hijrah.

Cuti sekolah yang panjang ini janganlah disia-siakan dengan membiarkan diri melakukan aktiviti tidak berfaedah. Isilah masa-masa terluang dengan mengulangkaji pelajaran kerana Peperiksaan Akhir Tahun 2014 akan berlangsung pada 3 hingga 6 November 2014.

Namun, bermula 27 Oktober ini pula akan berlangsung minggu sukan, hari Isnin latihan untuk Rumah Kuning dan Hijau, hari Selasa latihan untuk Rumah Biru dan Merah, hari Rabu pula Sukantara dan Kejohanan Sukan Tahunan akan berlangsung pada 30 Oktober 2013 hari Khamis.

Selamat bercuti, selamat bersukan dan selamat menghadapi peperiksaan akhir tahun (P4).

Sabtu, 18 Oktober 2014

PENILAIAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

17 Oktober 2014, Jumaat - Telah berakhirnya Penilaian SKK sekitar jam 4.00 petang oleh Panel Penilai SKK KPM Fasa 9.


Tuan Haji Hamzah bin Mat Ali, AMP., telah membentangkan kepada panel penilai tentang aspek SKK yang dinilai dengan penuh keyakinan dan harapan agar ini merupakan penilaian yang membuahkan kejayaan sebagaimana visi dan misi sekolah.





 




Seluruh warga SK Bandar Pusat mendoakan kejayaan di atas penilaian ini.

Sabtu, 11 Oktober 2014

BERSEDIA TERIMA PENILAI SKK

Seluruh warga SK Bandar Pusat bersedia menerima kunjungan Penilai SKK KPM Fasa 9.

Kami mengucapkan SELAMAT DATANG.

Rabu, 8 Oktober 2014

BICARA BERIRAMA MERIAH DI SK BANDAR PUSAT

Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Pahang telah berlangsung dengan meriahnya di SK Bandar Pusat pada 8 Oktober 2014.

Johan pertandingan ini akan mewakili negeri Pahang ke Pertandingan Bahasa Berirama Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 11 Oktober ini di Perlis.

Persembahan Bahasa Berirama oleh SK Bandar Pusat

Dalam pertandingan tersebut, SK Desa Jaya telah berjaya meraih tempat pertama manakala, SK LKTP Jengka 11 tempat kedua, SK Bandar Pusat pula di tempat ketiga.

Klik Galeri untuk foto-foto sepanjang aktiviti. 



Isnin, 6 Oktober 2014

BULAN BAHASA KEBANGSAAN


Bulan Oktober merupakan Bulan Bahasa Kebangsaan, sehubungan itu, SK Bandar Pusat melalui Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah telah merancang beberapa aktiviti bagi menjayakan bulan bahasa ini.

Aktiviti pertama awal bulan ini ialah Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Pahang yang akan berlangsung di SK Bandar Pusat pada 8 Oktober 2014. Sebagai tuan, rumah kami mengalu-alukan kunjungan ke sekolah kami.

Info lanjut berkenaan Bulan Bahasa Kebangsaan boleh diikuti menerusi link berikut : http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=69&VertSectionID=27&IID