PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN
       
Kami warga SK Bandar Pusat komited, ikhlas dengan penuh iltizam akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada:

  1. MURID
    • Memberikan pendidikan yang cemerlang dan seimbang dengan melaksanakan proses pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran berkualiti dan berkesan untuk semua murid mengikut jadual dan jadual waktu ditetapkan.
    • Memastikan buku latihan / kerja bertulis disemak tidak lebih 3 sehari selepas dikumpulkan.
    •  Memastikan semua murid yang layak mendapat bantuan pendidikan menerima hak mereka.
    • Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai kegiatan koakademik dan kokurikulum yang ditetapkan mengikut kesesuaian bakat, kebolehan dan kesihatan.
    • Memastikan semua murid mendapat peluang dan hak sama rata, adil dan saksama menggunakan segala kemudahan fizikal dan kemudahan pendidikan yang ditetapkan. 
  1. GURU DAN KAKI TANGAN 
    • Setiap guru dan kaki tangan mendapat gaji pada masa yang ditetapkan.
    • Setiap guru dan kaki tangan menerima Latihan Dalam Perkhidmatan( LADAP ) dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya 7 hari setahun sama ada peringkat dalaman / luar organisasi SKBP.
    •  Sebarang masalah khususnya berkaitan perkhidmatan / perjawatan diambil tindakan segera ( tidak lewat  hari bekerja ).

  1. IBU BAPA / PENJAGA 
    • Setiap ibu bapa / penjaga yang berurusan dengan pihak sekolah mendapat layanan adil, amanah dan bertanggungjawab.
    • Setiap aduan / komplen akan disiasat dengan manasabah dan maklum balas akan diberi tidak lewat 3 hari bekerja.
    • Setiap cadangan / usul yang baik dan manasabah akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG dan Jawatankuasa Pemuafakatan Sekolah.

  1. STAKE HOLDER
    • Memastikan setiap arahan, maklumat, siaran dan pekeliling yang diterima mendapat tindakan tidak lewat 3 hari bekerja selepas surat / arahan diterima atau sehari sebelum tarikh ditetapkan.

Sekiranya anda kurang berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan yang diberikan, silalah berhubung terus dengan Guru Besar atau hubungi talian telefon 09-4676448, fax 09-4676449 atau e-mail cba9117.skbandapusat@gmail.com


GURU BESAR

SK BANDAR PUSAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan