Rabu, 31 Disember 2014

INFO PRAPERSEKOLAHAN 2015

7 Januari 2015 ; 8.30am
Mesyuarat GPK
LaDaP / PLUG KSSR Tahun 5

8 Januari 2015 ; 8.30am
Mesyuarat Pengurusan Sekolah
Pengurusan Umum
PdP Abad 21
Jadual Waktu
Taklimat GPK

9 Januari 2015 ; 8.30am
Pendaftaran / Orientasi Tahun 1 dan Prasekolah
Persediaan dan Pengurusan Bilik Darjah

10 - 11 Januari 2015 ; 8.30am
Persediaan dan Pengurusan Bilik Darjah

12 Januari 2015; 7.30am
Persekolahan Sesi 2015 Bermula

*Kedai Buku SKBP telah dibuka untuk pembelian alat tulis

Rabu, 24 Disember 2014

TAHNIAH CIKGU

Berita pertukaran Cikgu Basri Abdullah (GPK Kokurikulum) bukan lagi sekadar cerita tetapi kenyataan. Berkuat kuasa 1 Disember 2014, beliau telah ditawarkan tempat sebagai GPK Kokurikulum di SK Tanjung Perang,tidaklah jauh sangat dari rumah berbanding ke SKBP. Tempat beliau akan digantikan oleh seorang guru yang berwibawa Cikgu Wahab dari SK Jengka 3.

Dalam pada itu, kita turut menerima berita gembira buat Cikgu Hj Rohim yang telah ditawarkan jawatan sebagai GPK HEM berkuat kuasa 16 Disember 2014.

Ketika ini pula, Cikgu Hj Mohamad Khizar sekeluarga dan Cikgu Abdul Manaf sekeluarga sedang melaksanakan umrah. Mereka dikatakan berlepas pada 21 Disember 2014, yang dijangka pulang 2 minggu dari tarikh berkenaan.

Tahniah, cikgu.

Sabtu, 29 November 2014

CIKGU AZURA BERTUKAR

Cikgu Azura yang memulakan perkhidmatan di SK Bandar Pusat pada tahun 2008, akan bertukar ke Pekan, Pahang (sesi persekolahan 2015) merupakan seorang guru yang komited dengan tugas yang telah diamanahkan kepada beliau.

Beliau juga merupakan seorang guru yang ditugaskan memastikan Galeri Sekolah sentiasa bersedia menerima pelawat dan sesiapa sahaja yang ingin mengunjungi SK Bandar Pusat.


Beliau yang mengajar di Kelas Pendidikan Khas, SK Bandar Pusat sentiasa mesra dan bersedia menerima tugas dan teguran. 

Selamat bertugas di tempat baru buat Cikgu Azura.

Rabu, 26 November 2014

21 5A

26 November 2014 - Sejumlah 21 orang calon UPSR 2014 telah meraih keputusan 5A yang diumumkan pagi ini. 15 orang 4A 1B dan 16 orang 3A 2B.

Selepas bertungkus lumus dengan berbagai Program Kecemerlangan UPSR 2014, hasil yang tuai mengembirakan ibu bapa dan guru.

Alumni SK Bandar Pusat turut mengikuti pengumuman UPSR 2014
Pelajar Cemerlang UPSR 2014 dengan pencapaian 5A dan 4A 1B
Perarakan masuk pelajar cemerlang 5A UPSR 2014
 




Pelajar yang mendapat 5A ialah :

  1. AHMAD AFNANUDDIN SABARUDDIN
  2. AHMAD ZIKRUL HAKIM MD RADZI
  3. AINAFADILAH AHMAD
  4. ILYA DAYINI AZEMAN
  5. MOHAMAD ALIF MOHD FAUZAI
  6. MOHAMAD ALIFF ZIKRY AZMAN
  7. MUHAMAD AIMAN HAFIZ ALIAS
  8. MUHAMMAD ADIB LUQMAN MOHD HAMIZAN
  9. MUHAMMAD AFIQ MOHAMAD
  10. MUHAMMAD AIMAN SYAHMI MOHD AZMI
  11. MUHAMMAD AMIRUL AZMAN
  12. MUHAMMAD FARIS FARHAN ASZELAN
  13. MUHAMMAD ILHAN RAASHAD MUHAMAD RAMZI
  14. MUHAMMAD SYABIL AQWA EDDAY ADHA
  15. NOR ANISAH ABDURRAZAK 
  16. NUR AFIQAH SOLEHAH MUHAMMAD SYAFIE
  17. NUR AIN FAIQAH AZAHAR
  18. NUR HAYATUL KAMALIAH ABDUL MANAF
  19. NURUL AIN NADHIRAH ASRI
  20. NURUL ANIS AZIZAH ABD MANAN
  21. NURUL FAIQAH MOHD FAIRUL NIZAM
Pelajar yang mendapat 4A 1B ialah :
  1. AHMAD DANIEL HUSAINEE
  2. ANIEYS ZULAIKHA MOHD NORAZUANI
  3. JAMILAH ZAINUDDIN
  4. MOHAMAD DANIEL MOHAMAD ROSAINI
  5. MUHAMMAD ADAM DANIEL KHAIRUDIN
  6. MUHAMMAD ASYRAF SOBRI
  7. MUHAMMAD HARIS FIRDAUS KAMARUZZAMAN
  8. MUHAMMAD HAZMI MOHAMMAD SUHAIZAT
  9. MUHAMMAD MUTAWALLI ABD HADI
  10. NUR AIN AZRI
  11. NUR HUDA AQILAH HAMDAN
  12. NUR KASIH SALIM
  13. NUR SHAKILA AMIRA WAHID
  14. NUR SYATIRAH DAHALAN
  15. NURFARIHAH AHDA MOHD DAUD
Tahniah! Kami warga SK Bandar Pusat ucapkan.

Isnin, 24 November 2014

TAHNIAH TUAN GURU BESAR

Warga SK Bandar Pusat mengucapkan tahniah buat Tuan Guru Besar, SK Bandar Pusat, Tuan Haji Hamzah bin Mat Ali, AMP., sekeluarga berikutan Majlis Perkahwinan anakanda beliau yang berlangsung dengan meriah dan kunjungan tetamu ramai pada 23 November 2014 (Ahad).

Sabtu, 22 November 2014

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2014 yang telah berlangsung pada 20 November 2014, mencapai objektif program dengan 450 orang murid menerima anugerah masing-masing.

18 kategori hadiah disediakan merangkumi :
1.    Anugerah Prasekolah @ Graduasi
2.    Anugerah Pendidikan Khas
3.    Anugerah Kedudukan Dalam Kelas
4.    Anugerah Lulus Semua Mata Pelajaran
5.    Anugerah Mata Pelajaran Terbaik
6.    Anugerah Kedatangan Penuh
7.    Anugerah J-Qaf
8.    Anugerah NILAM
9.    Anugerah Sahabat Buku
10.  Anugerah Emas, Perak dan Emas (Tahap 2)
11.  Anugerah Murid Terbaik Tahun 1 - 6
12.  Anugerah Angkasawan Muda
13.  Anugerah Emas Perdana
14.  Anugerah Tokoh Pendidikan Khas
15.  Anugerah Tokoh Kurikulum
16.  Anugerah Tokoh Kokurikulum
17.  Anugerah Tokoh Kepimpinan
18.  Anugerah Tokoh Akhlak Terpuji

Jawatankuasa Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2014 mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua.

Penerima Anugerah Tokoh mengabadikan foto bersama Perasmi Majlis
Sila klik lihat foto di galeri

Selasa, 18 November 2014

Ahad, 9 November 2014

SKBP KE KUALA TERENGGANU UNTUK AKK

10 - 11 November 2014, Cikgu Basri Abdullah, GPK Kokurikulum, mewakili Guru Besar SK Bandar Pusat akan berada di Kuala Terengganu bagi menerima keputusan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2014. Beliau akan pergi bersama Puan Masrina Mohd Saleh  yang turut dicalonkan sebagai calon Guru Kokurikulum Cemerlang 2014.

Mereka akan berkumpul di JPNP seterusnya bergerak ke Kuala Terengganu bersama calon-calon lain dari negeri ini. Seluruh warga SKBP mengiringi pemergian kalian dengan harapan membawa pulang kejayaan.

Selasa, 4 November 2014

KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

SK Bandar Pusat merangkul Juara Tarian sempena Karnival Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Maran yang telah diadakan di SK Bandar Pusat pada 4 November 2014.

Tahniah kepada Pasukan Tarian Pendidikan Khas SK Bandar Pusat yang telah mengharumkan nama sekolah dan akan mewakili daerah Maran ke peringkat negeri pada hari Jumaat ini (7 November 2014).

Dalam pada itu, semua sekolah yang mempunyai aliran pendidikan khas di daerah Maran telah menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan. Selain Tarian, turut dipertandingkan Nyanyian, Kraf Tangan dan Lukisan Batik. 

Timbalan PPD Maran telah merasmikan karnival tersebut, seterusnya beliau telah menyampaikan sijil dan hadiah kepada pemenang.

Isnin, 27 Oktober 2014

SUKAN TAHUNAN

Pada tahun ini, Temasya Sukan Tahunan SK Bandar Pusat akan berjalan secara bersederhana pada 30 Oktober 2014 (Khamis) dengan menjayakan program 1M1S, temasya kali ini turut melibatkan semua murid menerusi acara sukantara pada 29 Oktober.

Encik Basri Abdullah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum menjelaskan program yang dilaksanakan semasa temasya sukan kali ini bukan sekadar memenuhi takwim sekolah tetapi sebagai satu kaedah pemilihan wakil sekolah ke MSSD 2015. Ini melibatkan acara Lari 100m, 4 X 100m, 200m, Lompat Tinggi, Lompat Jauh dan Lontar Peluru bagi murid Tahun 3 sebagai persediaan wakil sekolah untuk kategori acara Bawah 10 Tahun.

Semua murid diharapkan dapat memperlihatkan kesungguhan dan menghasilkan kejayaan menerusi semangat 1M1S. Selamat Bersukan.

Rabu, 22 Oktober 2014

HAPPY DEEPAVALI

Warga SKBP mengucapkan Happy Deepavali kepada semua bekas guru dan pelajar yang beragama Hindu dan pernah bersekolah di sekolah ini.

Ahad, 19 Oktober 2014

CUTI SEKOLAH 18 - 26 OKTOBER 2014

Minggu berikut ini adalah minggu cuti panjang yang melibatkan cuti berganti perayaan Deepavali, Hari Keputeraan Sultan Pahang dan Maal Hijrah.

Cuti sekolah yang panjang ini janganlah disia-siakan dengan membiarkan diri melakukan aktiviti tidak berfaedah. Isilah masa-masa terluang dengan mengulangkaji pelajaran kerana Peperiksaan Akhir Tahun 2014 akan berlangsung pada 3 hingga 6 November 2014.

Namun, bermula 27 Oktober ini pula akan berlangsung minggu sukan, hari Isnin latihan untuk Rumah Kuning dan Hijau, hari Selasa latihan untuk Rumah Biru dan Merah, hari Rabu pula Sukantara dan Kejohanan Sukan Tahunan akan berlangsung pada 30 Oktober 2013 hari Khamis.

Selamat bercuti, selamat bersukan dan selamat menghadapi peperiksaan akhir tahun (P4).

Sabtu, 18 Oktober 2014

PENILAIAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

17 Oktober 2014, Jumaat - Telah berakhirnya Penilaian SKK sekitar jam 4.00 petang oleh Panel Penilai SKK KPM Fasa 9.


Tuan Haji Hamzah bin Mat Ali, AMP., telah membentangkan kepada panel penilai tentang aspek SKK yang dinilai dengan penuh keyakinan dan harapan agar ini merupakan penilaian yang membuahkan kejayaan sebagaimana visi dan misi sekolah.





 




Seluruh warga SK Bandar Pusat mendoakan kejayaan di atas penilaian ini.

Sabtu, 11 Oktober 2014

BERSEDIA TERIMA PENILAI SKK

Seluruh warga SK Bandar Pusat bersedia menerima kunjungan Penilai SKK KPM Fasa 9.

Kami mengucapkan SELAMAT DATANG.

Rabu, 8 Oktober 2014

BICARA BERIRAMA MERIAH DI SK BANDAR PUSAT

Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Pahang telah berlangsung dengan meriahnya di SK Bandar Pusat pada 8 Oktober 2014.

Johan pertandingan ini akan mewakili negeri Pahang ke Pertandingan Bahasa Berirama Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 11 Oktober ini di Perlis.

Persembahan Bahasa Berirama oleh SK Bandar Pusat

Dalam pertandingan tersebut, SK Desa Jaya telah berjaya meraih tempat pertama manakala, SK LKTP Jengka 11 tempat kedua, SK Bandar Pusat pula di tempat ketiga.

Klik Galeri untuk foto-foto sepanjang aktiviti. 



Isnin, 6 Oktober 2014

BULAN BAHASA KEBANGSAAN


Bulan Oktober merupakan Bulan Bahasa Kebangsaan, sehubungan itu, SK Bandar Pusat melalui Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah telah merancang beberapa aktiviti bagi menjayakan bulan bahasa ini.

Aktiviti pertama awal bulan ini ialah Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Pahang yang akan berlangsung di SK Bandar Pusat pada 8 Oktober 2014. Sebagai tuan, rumah kami mengalu-alukan kunjungan ke sekolah kami.

Info lanjut berkenaan Bulan Bahasa Kebangsaan boleh diikuti menerusi link berikut : http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=69&VertSectionID=27&IID
 

Isnin, 29 September 2014

PEMANTAUAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM KEBANGSAAN

Selamat Datang kepada Panel Pemantau yang berada di sekolah kami pada 29 September 2014.

Pembentangan Pemantauan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2014 telah dilaksanakan oleh Haji Hamzah bin Mat Ali, AMP., Guru Besar SK Bandar Pusat.



 

Selasa, 23 September 2014

MEWARNA SEMPENA HARI FARMASI SEDUNIA

Semua murid Tahap 1 menyertai aktiviti mewarna manakala murid Tahap 2 SK Bandar Pusat telah  melaksanakan aktiviti melukis poster bersempena Hari Farmasi Sedunia pada 12 September yang lalu.





Tahniah, SKBP!

Rabu, 3 September 2014

BULAN KEMERDEKAAN

15 OGOS 2014, Majlis Pengibaran Jalur Gemilang dan Sambutan Bulan Kemerdekaan telah dilancarkan.
Murid daripada kelas Pendidikan Khas SK Bandar Pusat telah menyiapkan sebidang Jalur Gemilang sempena majlis berkenaan.

Dalam pada itu, mereka turut meraikan bulan kemerdekaan di Perpustakaan Awam Jengka semasa program bersama perpustakaan awam.


Malaysia,... di sini lahirnya sebuah cinta.

Jumaat, 25 Julai 2014

MAJLIS KHATAM & PENYERAHAN WANG RAYA

25 Julai 2014, Jumaat - Majlis Khatam Al Quran yang berlangsung awal pagi telah ditamatkan dengan jaya pada pukul 9.30 pagi. Seramai 45 orang murid telah menyertai majlis ini.
 

 Tuan Haji Hamzah Mat Ali, dalam ucapan beliau berharap semua murid sekolah ini akan khatam al  Quran apabila tamat Tahun 6. Bilangan yang agak kurang pada kali ini, berikutan murid yang telah menyertai program khatam pada tahun-tahun sebelum ini begitu banyak. Bagi murid yang telah khatam sebelum ini mereka hanya mengikuti majlis dengan bertadarus sepanjang Ramadan.

Seterusnya mereka dianugerahkan dengan sijil Khatam Al Quran, dan majlis diakhiri dengan pemberian wang hari raya kepada semua murid.

Koleksi foto sila klik galeri.

Khamis, 17 Julai 2014

IHYA RAMADAN

Semua murid SKBP mengisi waktu rehat mereka yang bermula pada pukul 9.40 - 10.10 (Prasekolah dan Pendidikan Khas), 10.10 - 10.40 (Tahap 1) dan 10.40 - 11.10 (Tahap 2) dengan Program Tadarus Al Quran yang dijalankan secara beramai-ramai di Foyer Tun Abdul Razak.


Program ini telah bermula sejak awal Ramadan. Panitia Agama Islam dan j-QAF turut merancang Majlis Khatam Al Quran yang akan diadakan pada 25 Julai ini.

Sabtu, 21 Jun 2014

PELANCARAN BITARA SK BANDAR PUSAT

Sedia maklum Kelab Bumi Hijau dan Alam Sekitar serta Bahasa Melayu merupakan Kebitaraan Kokurikulum dan Kebitaraan Akademik SKBP.  Sehubungan itu, pada 21 Jun 2014, Sabtu yang juga merupakan hari persekolahan ganti Aidilfitri telah menganjurkan Program Pelancaran Bitara SK Bandar Pusat.

Perasmian telah dijayakan oleh Tuan Guru Besar, Haji Hamzah bin Mat Ali di Foyer Tun Abdul Razak SKBP.

Briged Alam telah ditubuhkan dalam kalangan murid sebagai pendedahan, bertanggungjawab dan amanah terhadap Penjagaan Alam Sekitar, manakala Briged Za'ba pula dipertanggungjawabkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia SKBP.

Seterusnya Tuan Guru Besar telah melekatkan penanda Skuad Pecinta Alam pada basikal-basikal murid yang hadir ke sekolah dengan berbasikal. Mereka bukan sahaja tidak membebaskan gas beracun tapi juga sihat kerana berkayuh ke sekolah dan pulang ke rumah.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil Anugerah NILAM daripada i-NILAM kepada penerima yang layak . Untuk pertengahan tahun 2014 ini, 90 orang murid layak mendapat anugerah.

rujuk foto di galeri

Ahad, 15 Jun 2014

SELAMAT KEMBALI BERSEKOLAH

16 Jun 2014 ini kita akan kembali bersekolah. Pastinya kalian telah mengisi masa cuti dengan pelbagai aktiviti menarik, seronok dan berfaedah.

Ingat dan semak jadual, apa yang perlu dibawa ke sekolah. Sudah semestinya kalian akan membawa semangat dan azam baru untuk lebih berjaya dan mengharumkan nama baik keluarga dan sekolah kita.

Apapun, bersempena Hari Bapa, sudah tentu ada sesuatu untuk bapa kalian yang telah mencurahkan begitu banyak keringat, bakti dan masa untuk anak-anak mereka tersayang. Oleh itu, selamat menyambut hari bapa dan selamat kembali ke sekolah.

Rabu, 28 Mei 2014

BIJAK BERCUTI

Guru Besar SK Bandar Pusat, Haji Hamzah bin Mat Ali telah mengingatkan semua murid agar mengisi masa lapang semasa cuti persekolahan ini dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Dalam pada itu, para guru telah menyediakan bahan tugasan masa cuti murid dengan kadar yang sesuai dan terancang.

Tuan Haji Hamzah bin Mat Ali berharap murid-murid akan terus belajar mengikut jadual dan pencapaian mereka. Beliau turut mengingatkan juga agar murid mematuhi jadual harian khususnya waktu solat dan mengaji Al Quran.

Kepada Pasukan Koir Sekolah yang menyertai pertandingan koir peringkat negeri dengan membawa semangat SKBP diucapkan tahniah.

"SELAMAT BERCUTI DAN SEMOGA DOA KITA MENDAPAT KEBERKATAN"

Selasa, 27 Mei 2014

LAWATAN PENDIDIKAN KHAS KE CAMERON HIGHLANDS

Alhamdulillah, rombongan Pendidikan Khas yang melaksanakan lawatan ke Cameron Highlands selamat pulang. Sila ikuti link berikut : http://foto-skbandarpusat-jengka.blogspot.com/2014/05/26-27-mei-2014-lawatan-sambil-belajar.html

TAHNIAH BAHASA INGGERIS

Tahniah di atas Kebitaraan Bahasa Inggeris sekolah yang telah terbukti dalam koakademik bahasa Inggeris apabila pasukan Action Song membawa pulang senyuman besar sebagai juara diikuti juara Public Speaking dan Story Telling di tempat kedua dalam Karnival Bahasa Inggeris Daerah Maran.

Jumaat, 16 Mei 2014

SAMBUTAN HARI GURU MERIAH

Awal-awal pagi lagi, guru-guru telah memperlihatkan cahaya kegembiraan. Maklumlah hari ini 16 Mei 2014 adalah Hari Guru.

Majlis sambutan dimulai dengan bacaan Surah Yasin bersempena dengan penghulu segala hari iaitu hari Jumaat. Oleh itu, tahun ini tidak seperti tahun yang lalu, acara sukaneka telah tidak diadakan.

Selamat Menyambut Hari Guru 2014, Guru : Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi.

Rujuk foto aktiviti melalui link berikut :
 http://foto-skbandarpusat-jengka.blogspot.com/2014/05/16-mei-2014-hari-guru.html

Bacaan Surah Yasin
Bacaan Doa oleh Ustaz Annis
Ucapan Tuan Guru Besar dan Pembacaan Perutusan Pengarah Pendidikan Malaysia
Bacaan Ikrar Guru
Memotong Pulut Kuning
SELAMAT HARI GURU

Jumaat, 9 Mei 2014

SELAMAT DATANG PENILAI 3K (KANTIN)

SK Bandar Pusat mengalu-alukan kedatangan Panel Penilai 3K (Kantin) dan kami sememangnya sentiasa bersedia menerima kunjungan. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.