Sabtu, 21 Jun 2014

PELANCARAN BITARA SK BANDAR PUSAT

Sedia maklum Kelab Bumi Hijau dan Alam Sekitar serta Bahasa Melayu merupakan Kebitaraan Kokurikulum dan Kebitaraan Akademik SKBP.  Sehubungan itu, pada 21 Jun 2014, Sabtu yang juga merupakan hari persekolahan ganti Aidilfitri telah menganjurkan Program Pelancaran Bitara SK Bandar Pusat.

Perasmian telah dijayakan oleh Tuan Guru Besar, Haji Hamzah bin Mat Ali di Foyer Tun Abdul Razak SKBP.

Briged Alam telah ditubuhkan dalam kalangan murid sebagai pendedahan, bertanggungjawab dan amanah terhadap Penjagaan Alam Sekitar, manakala Briged Za'ba pula dipertanggungjawabkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia SKBP.

Seterusnya Tuan Guru Besar telah melekatkan penanda Skuad Pecinta Alam pada basikal-basikal murid yang hadir ke sekolah dengan berbasikal. Mereka bukan sahaja tidak membebaskan gas beracun tapi juga sihat kerana berkayuh ke sekolah dan pulang ke rumah.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil Anugerah NILAM daripada i-NILAM kepada penerima yang layak . Untuk pertengahan tahun 2014 ini, 90 orang murid layak mendapat anugerah.

rujuk foto di galeri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan