Rabu, 28 Mei 2014

BIJAK BERCUTI

Guru Besar SK Bandar Pusat, Haji Hamzah bin Mat Ali telah mengingatkan semua murid agar mengisi masa lapang semasa cuti persekolahan ini dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Dalam pada itu, para guru telah menyediakan bahan tugasan masa cuti murid dengan kadar yang sesuai dan terancang.

Tuan Haji Hamzah bin Mat Ali berharap murid-murid akan terus belajar mengikut jadual dan pencapaian mereka. Beliau turut mengingatkan juga agar murid mematuhi jadual harian khususnya waktu solat dan mengaji Al Quran.

Kepada Pasukan Koir Sekolah yang menyertai pertandingan koir peringkat negeri dengan membawa semangat SKBP diucapkan tahniah.

"SELAMAT BERCUTI DAN SEMOGA DOA KITA MENDAPAT KEBERKATAN"

Selasa, 27 Mei 2014

LAWATAN PENDIDIKAN KHAS KE CAMERON HIGHLANDS

Alhamdulillah, rombongan Pendidikan Khas yang melaksanakan lawatan ke Cameron Highlands selamat pulang. Sila ikuti link berikut : http://foto-skbandarpusat-jengka.blogspot.com/2014/05/26-27-mei-2014-lawatan-sambil-belajar.html

TAHNIAH BAHASA INGGERIS

Tahniah di atas Kebitaraan Bahasa Inggeris sekolah yang telah terbukti dalam koakademik bahasa Inggeris apabila pasukan Action Song membawa pulang senyuman besar sebagai juara diikuti juara Public Speaking dan Story Telling di tempat kedua dalam Karnival Bahasa Inggeris Daerah Maran.

Jumaat, 16 Mei 2014

SAMBUTAN HARI GURU MERIAH

Awal-awal pagi lagi, guru-guru telah memperlihatkan cahaya kegembiraan. Maklumlah hari ini 16 Mei 2014 adalah Hari Guru.

Majlis sambutan dimulai dengan bacaan Surah Yasin bersempena dengan penghulu segala hari iaitu hari Jumaat. Oleh itu, tahun ini tidak seperti tahun yang lalu, acara sukaneka telah tidak diadakan.

Selamat Menyambut Hari Guru 2014, Guru : Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi.

Rujuk foto aktiviti melalui link berikut :
 http://foto-skbandarpusat-jengka.blogspot.com/2014/05/16-mei-2014-hari-guru.html

Bacaan Surah Yasin
Bacaan Doa oleh Ustaz Annis
Ucapan Tuan Guru Besar dan Pembacaan Perutusan Pengarah Pendidikan Malaysia
Bacaan Ikrar Guru
Memotong Pulut Kuning
SELAMAT HARI GURU

Jumaat, 9 Mei 2014

SELAMAT DATANG PENILAI 3K (KANTIN)

SK Bandar Pusat mengalu-alukan kedatangan Panel Penilai 3K (Kantin) dan kami sememangnya sentiasa bersedia menerima kunjungan. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.














SELAMAT BERKUNJUNG KE SK BANDAR PUSAT

Kami mengalu-alukan kunjungan anda ke blog kami.

Pada 3 Mei yang lalu, SK Bandar Pusat telah mengadakan lawatan penandaarasan ke SK Convent Cameron Highlands. Info bergambar boleh diikuti melalui link berikut : http://foto-skbandarpusat-jengka.blogspot.com/2014/05/3-mei-2014-lawatan-ke-sk-convent.html