Ahad, 18 Oktober 2015

KARNIVAL GO GREEN 2015

15 OKTOBER 2015 - 15 buah Sekolah Kluster Kecemerlangan KPM telah berhimpun di UiTM Kampus Khazanah Alam Pahang untuk merealisasikan bakat peserta Pertandingan Pidato dan Deklamasi Sajak dalam Karnival Go Green SKK Peringkat Kebangsaan anjuran SK Bandar Pusat.



Program ini telah meletakkan SK Bandar Pusat sebagai salah sebuah sekolah yang telah berjaya menganjur sebuah pertandingan peringkat kebangsaan dengan kerjasama UiTM, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pejabat Pendidikan Daerah Maran dan Jabatan Alam Sekitar Pahang.


Sebahagian daripada guru dan staf SK Bandar Pusat termasuk Encik Asral (Pegawai PKG Bandar Pusat) merupakan Jawatankuasa Kerja yang menjayakan karnival yang sungguh gemilang ini. Tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga SK Bandar Pusat.


Khamis, 1 Oktober 2015

SELAMAT DATANG

Karnival Go Green 2015 Peringkat Kebangsaan anjuran SK Bandar Pusat akan berlangsung pada 15 Oktober 2015 yang melibatkan 20 buah Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara Cawangan Pahang dan Jabatan Alam Sekitar.


Seluruh warga SK Bandar Pusat mengalu-alukan kedatangan kalian, Selamat Datang.