KOKURIKULUM

MESYUARAT AGUNG KELAB DAN PERSATUAN
11 Januari 2017-Mesyuarat Agung Kelab dan Persatuan telah diadakan dibeberapa lokasi disekitar sekolah. Paling mengujakan adalah murid tahun 4 buat pertama kali terlibat terus dengan aktiviti berpersatuan. Pihak sekolah telah menubuhkan satu lagi kelab baru iaitu Kelab Doktor Muda.

  1. Matlamat gerak kerja kokurikulum yang hendak dicapai adalah untuk :
    • Menyemai kesedaran terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan murid,
    • Memperseimbangkan antara perkembangan mental ( akademik ) dengan perkembangan social, jasmani dan rohani murid,
    • Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid di dalam sekolah dan antara sekolah,
    • Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid di dalam gerak kerja yang diceburi,
    • Membina dan meningkatkan disiplin murid-murid,
    • Membina dan meningkatkan suasana saekolah supaya lebih menarik serta menggembirakan,
    • Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.
2. Matlamat di atas menegaskan betapa pentingnya perkembangan social sebagai objektif utama kegiatan kokurikulum. Perkembangan kesedran, identity dan kualiti perseorangan, memperolehi sensitiviti dan kemahiran perhubungan yang perlu beroperasi dengan berkesan dan kreatif di dalam kumpulan, biasanya kumpulan sebaya dan kecil.

3. Selain daripada perkembangan sosial di kalangan murid-murid, guru-guru dan ahli masyarakat boleh bersama-sama bergiat di dalam kegiatan kokurikulum sekolah. Dengan demikian, guru dan ahli masyarakat setempat dapat kenal-mengenali antara satu sama lain dengan lebih mesra.

4. Kegiatan kokurikulum di dalam sukan dan permainan memberi peluang kepada perkembangan fizikal murid-murid. Manakala kegiatan luar pula seperti membaca peta dan mengembara, menggalakkan kecergasan kesihatan serta pertumbuhan kemahiran hidup dan keyakinan.

TUJUAN AKTIVITI KOKURIKULUM

1. Surat Pekeliling Ikhtisas 1/1985 mengenai aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah yang dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia berkehendakan setiap murid menyertai kesemua tiga bidang aktiviti kokurikulum, iaitu;
  • Kelab dan Persatuan,
  • Sukan dan Permainan dan
  • Unit Beruniform.
2. Surat Pekeliling tersebut menekankan empat perkara penting, iaitu;
  • penyertaan yang diwajibkan,
  • jenis aktiviti di luar bilik darjah diperbanyakkan,
  • cara yang lebih sistematik di dalam pengelolaan aktiviti-aktiviti dan
  • penyertaan orang dewasa atau masyarakat setempat di dalam aktiviti yang dirancang.
3. Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah menegaskan bahawa, kokurikulum bertujuan untuk pengukuhan dan pengayaan pembelajaran seperti di dalam menyemai sifat-sifat kepemimpinan, kerjasama dan sedia berkhidmat di kalangan murid.

4. Buku Panduan ini juga menerangkan bahawa, sebagai satu bidang pendidikan, gerak kerja kokurikulum adalah berasaskan kepada tanggapan berikut;
  • Semua murid harus mempunyai perseimbangan di antara perkembangan mental (intelek) dengan perkembangan social, jasmani dan rohani,
  • Semua murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan-rakan mereka,
  • Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dmajukan,
  • Sekolah bertanggungjawab melahirkan murd-murid untuk keperluan masyarakat dan
  • Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan di dalam mendidik murid-murid.
PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM

BIDANG TUGAS
  1. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam semua aktiviti kokurikulum iaitu sukan dan permainan, kelab dan persatuan dan unit beruniform.
  2. Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sekolah.
  3. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah.
SENARAI TUGAS

1. KOKURIKULUM

1.1 Sukan dan Permainan
1.1.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.
1.1.2 Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
1.1.3 Mengurus pemilihan peserta sukan untuk elit bagi mewakili sekolah.
1.1.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya mencapai matlamat.

1.2 Kelab dan Persatuan
1.2.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan yang bercorak akademik.
1.2.2 Memastikan perlaksanaan program kelab dan persatuan berjalan mengikut jadual.

1.3 Unit Beruniform
1.3.1 Merancang strategi penglibatan unit beruniform.
1.3.2 Menyelaras perlaksanaan kegiatan unit beruniform sekolah.
1.3.3 Memastikan perlaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut jadual.

2. PENGURUSAN

2.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.
2.2 Menyelia anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
2.3 Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah diambil.
2.4 Membantu dan mengurus segala penerbitan risalah, makalah atau artikel sekolah.
2.5 Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kumpulan atau rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
2.6 Mengurus dan menyelia segalaperalatan dan kemudahan kokurikulum.
2.7 Memastikan rekod-rekod dan data-data kokurikulum diselenggara dengan baik.
2.8 Mengenalpasti guru atau murid yang berpotensi untuk maju dan mengadakan program khas untuk mereka.

3. PEMBANGUNAN DIRI MURID

3.1 Membantu merancang program pembangunan diri murid seperti Perkhemahan Tahunan, Hari Kokurikulum dan Hari Kantin serta lain-lain.

4. PEMBANGUNAN ORGANISASI

4.1 Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.
4.2 Mengadakan kursus dan latihan untuk personel.

5. PEMBANGUNAN KENDIRI

1.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
1.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel
1.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah, R&D.
1.4 Menghasilkan artikel-artikel tentang bidang iktisas dan pengurusan.
1.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukan.
1.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.

TUGAS-TUGAS GURU PEMIMPIN UNIT BERUNIFORM

1. Mendaftar ahli-ahli ( Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 ) bagi menubuhkan unit pasukan.
2. Mendapatkan borang dan menguruskan pendaftaran tubuh unit pasukan berkenaan sekiranya perlu didaftarkan.
3. Merancang dan menentukan sumber kewangan bagi unit apasukan berkenaan untuk kegiatan-kegiatan tertentu.
4. Bertanggungjawab menyimpan dan menguruskan rekod-rekod keahlian dan kegiatan yang dijalankan.
5. Mewakili Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Kokurikulum menghadiri sesuatu mesyuarat atau perjumpaan setempat sama ada Zon atau Daerah sekiranya Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Kokurikulum tidak dapat menghadirkan diri.
6. Sentiasa bersedia dan sanggup menghadiri kursus, ceramah, khemah kerja dan lain-lain dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa berkaitan dengan unit pasukan berkenaan.
7. Bertanggungjawab mengurus penyertaan setempat sama ada Zon atau Daerah dan sekiranya perlu di peringkat Negeri.
8. Mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga apabila kegiatan unit pasukan berkenaan diadakan di luar kawasan sekolah.
9. Bertanggungjawab mengawas dan menentukan keselamatan murid-murid semasa mereka menghadiri atau menjalankan kegiatan. Sekiranya berlaku sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan, Guru Besar perlu dihubungi dan mengikut keadaan, ibu bapa atau penjaga hendaklah dihubungi jika perlu.
10. Bertanggungjawab menyediakan laporan tahunan pada akhir minggu persekolahan tahun itu dan menyerahkannya kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
11. Merancang keperluan alatan dan mengemukakannya kepada Guru Besar.

TUGAS-TUGAS GURU JURULATIH SUKAN DAN PERMAINAN

1. Memajukan kemahiran murid-murid dalam permainan yang dibimbingnya dengan:-
1.1 Melatih mereka mengikut jadual yang telah ditetapkan atau pada waktu-waktu lain dengan persetujuan Guru Penolong Kanan Kokurikulum atau Setiausaha Sukan.
1.2 Mengatur seberapa banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan sekolah lain.

2. Membentuk pasukan sekolah mengikut kumpulan untuk pertandingan MSS Zon, MSS Daerah dan MSS Pahang.
3. Mengadakan perlawanan antara rumah-rumah sukan atau antara kelas-kelas.
4. Membentuk jawatankuasa pelajar bagi permainannya.
5. Menempah dan mengatur pengangkutan untuk pasukannya bagi perlawanan atau pertandingan yang dijadualkan di luar sekolah.
6. Mengiringi dan menjaga disiplin murid-murid dalam satu-satu pertandingan.
7. Menentukan kedatangan pemain-pemain mengikut masa latihan dan perlawanan yang telah dijadualkan.
8. Membahagikan alat-alat dan pakaian permainan kepada pemain-pemain serta mengumpulkan semula dan menjaga keselamatan barang-barang tersebut.
9. Merancang keperluan alatan dan memohon kepada pentadbir sekolah.

TUGAS-TUGAS GURU PENASIHAT KELAB DAN PERSATUAN.

1. Memajukan persatuan yang dibimbing dengan pelbagai cara yang sesuai.
2. Membentuk jawatankuasa pelajar bagi persatuan yang dinasihati.
3. Memastikan jawatankuasa yang dipilih berfungsi dan tidak menyeleweng daripada perlembagaan.
4. Memastikan kegiatan persatuan tidak menyalahi peraturan sekolah.
5. Merancang aktiviti persatuan yang akan dijalankan pada tahun berkenaan.
6. Memastikan segala aktiviti persatuan dijalankan mengikut jadual dan memberi manafaat kepada semua ahli.
7. Menjaga dan mengawal kewangan dan harta benda persatuan.
8. Bertanggungjawab menyimpan dan mengurus rekod-rekod keahlian dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
9. Mengiringi rombongan yang dianjurkan oleh persatuan. Memastikan setiap ahli selamat dan mendapat faedah maksimum daripada aktiviti tersebut.
10. Membuat unjuran pendapatan dan perbelanjaan persatuan.

TUGAS GURU JURULATIH SUKAN DAN PERMAINAN

1. Memajukan kemahiran murid dalam permainan yang diawasinya dengan melatih murid dengan baik mengikut jadual yang telah ditetapkan atau pada jadual lain yang bersesuaian.

a. Mengatur seberapa banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan lain.

2. Membentuk pasukan sekolah mengkut kumpulan umur untuk pertandingan peringkat MSS Zon, MSS Daerah MSS Pahang dan MSS Malaysia.
3. Menjadi pengadil bagi sesuatu pertandingan persahabatan.
4. Mengadakan pertandingan antara rumah sukan atau kelas untuk meningkatkan lagi prestasi ahli.
5. Mengiringi dan memastikan keselamatan murid yang menyertai aktiviti pertandingan di luar kawasan sekolah.
6. Merancang aktiviti permainan atau kemahiran yang patut dikuasai oleh murid-murid sepanjang tahun.
7. Mengatur, mengurus dan menyimpan rekod-rekod keahlian dan aktiviti yang dijalankan.
8. Mengatur dan mengurus pengangkutan murid-murid ke sesuatu tempat perlawanan di luar kawasan sekolah.
9. Membahagikan alatan permainan untuk digunakan dan memastikan setiap alatan disimpan dengan baik selepas digunakan.

----------------------------------------------------------------------------------------

MAJLIS APRESIASI
KECEMERLANGAN KOKURIKULUM
SK BANDAR PUSAT
2014

TARIKH : 18 NOVEMBER 2014
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : FOYER TUN ABDUL RAZAK SKBP

IKUTI VIDEO SLIDE MENERUSI LINK BERIKUT
-----------------------------------------------------------------------------

SLIDE


Tiada ulasan:

Catat Ulasan