Jumaat, 30 Januari 2015

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 6

30 Januari 2015 (Jumaat) - Satu perjumpaan ibu bapa / penjaga murid-murid Tahun 6 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini.


Perjumpaan dimulai dengan Ucapan Guru Program Kecemerlangan UPSR 2015, Puan Hasrina Mohd Nor (GC BM) diikuti oleh Tuan Guru Besar Tuan Haji Hamzah Mat Ali, AMP. yang telah memberi Penerangan Program Cemerlang UPSR 2015.

Majlis diakhiri dengan Majlis Aku Janji Murid dan dilaksanakan secara simbolik penyerahan murid oleh ibu bapa kepada guru yang terlibat dalam Program Kecemerlangan UPSR 2015 ini.

Pada tahun ini, Program Kecemerlangan UPSR Tahun 6/2015 mengagihkan program seperti berikut :

  1. Program Utama
    1. Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas
    2. Program kecemerlangan setiap panitia
  2. Program Sokongan
    1. Program Mentor-Mentee
    2. Program Belajar Berkumpulan (PRS)
    3. Program Kamilah 5A
    4. Program Kamilah Juara
    5. Program SAL
    6. Kelas Tambahan Petang
    7. Kelas hujung Minggu (Sabtu)
    8. Kelas Intensif  Masa Cuti
    9. Klinik Mata Pelajaran
    10. Kelas Malam (berbayar)
    11. Seminar Teknik Menjawab Soalan
    12. Gerak Gempur Menjawab Soalan
    13. Latih Tubi Soalan Antara Negeri
  3. Program Sampingan
    1. Majlis Aku Janji
    2. Majlis Perjumpaan Ibu Bapa / Penjaga
    3. Motivasi
    4. Solat Hajat/Solat Hajat Perdana
    5. Bacaan Yassin Kaum Ibu
    6. Majlis Penyerahan Ilmu / Restu Guru
    7. Program Selepas UPSR
    8. Anugerah Cakna Jaya
    9. Hadiah Galakan (P1, P2, P3 dan P4)
    10. Hadiah UPSR 5A 
Sila klik link galeri untuk lihat foto program

Tiada ulasan:

Catat Ulasan