Khamis, 23 April 2015

HARI BUKU, JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

23 APRIL 2015 - Hari ketiga program Kem Membaca 1 Malaysia diteruskan dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia menerusi Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit anjuran Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia di Foyer Tun Abdul Razak SK Bandar Pusat.


Program tersebut yang juga dikenali sebagai Let's Read Together For 10 Minutes merupakan kali kedua diadakan seluruh negara.






Pada tahun 2014, Pahang berjaya mengumpul penyertaan sejumlah 224,155 orang yang telah menjumlahkan 2,500,050 peserta seluruh negara yang berhasrat membentuk masyarakat ke arah minat membaca walaupun dalam tempoh yang singkat (10 minit).

Program ini turut membudayakan inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu persekolahan yang merangka proses Pembelajaran Sepanjang Hayat Yang Holistik.

Program yang bermula pada pukul 10.00 pagi telah berakhir pada pukul 10.10 pagi. Semua warga SK Bandar Pusat telah melibatkan diri dalam menjayakan program ini.

Sila klik link GALERI untuk ikuti foto aktiviti ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan