Sabtu, 12 September 2015

PERHATIAN

Semua pautan blogspot.com telah dikemas kini kepada blogspot.my. Sebarang pencarian pautan berkenaan perlu ditaip seperti berikut :

Blog Sekolah : http://www.skbandarpusat-jengka.blogspot.my
Blog PSS Sekolah : http://www.pss-skbp-jengka.blogspot.my
Blog SLAAS : http://www.skbp-sekolah-lestari.blogspot.my

Harap maklum.

Ahad, 6 September 2015

MAJLIS TITISAN ILMU 2015

4 SEPTEMBER 2015 - Tuan Haji Jalani Haji Ludin Pegawai Pendidikan Daerah Maran, telah turut dalam Majlis Titisan Ilmu yang diadakan setiap tahun dalam usaha memotivasikan pelajaran yang merupakan calon UPSR 2015.

Majlis yang berlangsung bermua jam 9.30 pagi itu telah mengumpulkan semua guru Tahun 6, murid dan ibu bapa calon yang akan mendudukan UPSR pada 8 hingga 10 September ini.





Ikuti foto aktiviti di galeri

Khamis, 30 Julai 2015

BICARA BERIRAMA KE-3 KEBANGSAAN

27 - 29 Julai 2015, Pasukan Bicara Berirama Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat telah berada di perkampungan Karnival Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan yang telah dituani oleh Kelantan Darul Naim bagi tahun ini.

Penyertaan sulung pasukan Bicara Berirama SK Bandar Pusat telah membuahkan hasil berkat usaha gigih dan ketekunan jurulatih, guru, dan sudah tentulah para peserta sehingga meraih tempat Ketiga Kebangsaan.

Seluruh warga SK Bandar Pusat meluahkan penghargaan tidak terhingga di atas kejayaan yang mengharumkan nama sekolah terutama bidang kebitaraan SKK SK Bandar Pusat ialah Bahasa Melayu.

Tahniah

Khamis, 25 Jun 2015

Isnin, 25 Mei 2015

MEI 2015 BERAKHIR CEMERLANG

Bulan ini mencatat 4 kejayaan besar SK Bandar Pusat.
1. Pidato Diraja Sekolah-Sekolah Kluster Kecemerlangan, Tempat ke-3
2. Teakwando Johan keseluruhan
3. Nasyid Johan Negeri
4. Bicara Berirama Johan Negeri



Tahniah, SK Bandar pusat