Jumaat, 30 Januari 2015

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 6

30 Januari 2015 (Jumaat) - Satu perjumpaan ibu bapa / penjaga murid-murid Tahun 6 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini.


Perjumpaan dimulai dengan Ucapan Guru Program Kecemerlangan UPSR 2015, Puan Hasrina Mohd Nor (GC BM) diikuti oleh Tuan Guru Besar Tuan Haji Hamzah Mat Ali, AMP. yang telah memberi Penerangan Program Cemerlang UPSR 2015.

Majlis diakhiri dengan Majlis Aku Janji Murid dan dilaksanakan secara simbolik penyerahan murid oleh ibu bapa kepada guru yang terlibat dalam Program Kecemerlangan UPSR 2015 ini.

Pada tahun ini, Program Kecemerlangan UPSR Tahun 6/2015 mengagihkan program seperti berikut :

  1. Program Utama
    1. Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas
    2. Program kecemerlangan setiap panitia
  2. Program Sokongan
    1. Program Mentor-Mentee
    2. Program Belajar Berkumpulan (PRS)
    3. Program Kamilah 5A
    4. Program Kamilah Juara
    5. Program SAL
    6. Kelas Tambahan Petang
    7. Kelas hujung Minggu (Sabtu)
    8. Kelas Intensif  Masa Cuti
    9. Klinik Mata Pelajaran
    10. Kelas Malam (berbayar)
    11. Seminar Teknik Menjawab Soalan
    12. Gerak Gempur Menjawab Soalan
    13. Latih Tubi Soalan Antara Negeri
  3. Program Sampingan
    1. Majlis Aku Janji
    2. Majlis Perjumpaan Ibu Bapa / Penjaga
    3. Motivasi
    4. Solat Hajat/Solat Hajat Perdana
    5. Bacaan Yassin Kaum Ibu
    6. Majlis Penyerahan Ilmu / Restu Guru
    7. Program Selepas UPSR
    8. Anugerah Cakna Jaya
    9. Hadiah Galakan (P1, P2, P3 dan P4)
    10. Hadiah UPSR 5A 
Sila klik link galeri untuk lihat foto program

Selasa, 27 Januari 2015

SELAMAT DATANG KU JAMINAN KUALITI


Warga SK Bandar Pusat mengalu-alu kedatangan KU Jaminan Kualiti ke sekolah kami pada hari ini, 27 Januari 2015. 

 

Jumaat, 23 Januari 2015

MAJLIS PERPISAHAN DAN PERSARAAN


23 JANUARI 2015 - Selepas Sambutan Maulid ur Rasul, Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat dengan kerjasama Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) telah meraikan pertukaran dan persaraan beberapa orang kakitangan sekolah ini, iaitu :

  1. Encik Zainal Abidin Mohamad Saleh (bersara)
  2. Encik Basri Abdullah (GPK Kokurikulum - bertukar ke SK Tg Perang, Chenor)
  3. Cik Aida Zuliana (Guru Bahasa Inggeris - Bertukar ke SJKC Chen Moh, PJ)
  4. Puan Norazura (Guru PK - bertukar ke Pekan)
Dalam pada itu, turut dirai guru baru di SKBP iaitu:
  1. Encik Abdul Wahab Aripin (GPK Kokurikulum)
  2. Encik Ahmad Shariffuddin (Guru Muzik)
  3. Puan Norazila (Guru PK)
Encik Zainal Abidin yang bersara telah memulakan tugas sebagai penjawat awam bermula 1 Oktober 1977, sesungguhnya segala jasa dikenang. Sila klik link galeri untuk foto majlis.

SAMBUTAN MAULID UR RASUL PERINGKAT SEKOLAH


23 Januari 2015 - Panitia Pendidikan Islam dan Panitia j-QAF telah berjaya menganjurkan Sambutan Maulid ur Rasul peringkat sekolah. Berbagai aktiviti telah dijalankan dalam mengisi sambutan tersebut antaranya :
  1. Perarakan Maulid ur Rasul melibatkan semua murid dan kakitangan sekolah
  2. Solat Dhuha
  3. Solat Hajat
  4. Bacaan Yassin
  5. Kuiz Maulid ur Rasul
  6. Mewarna untuk semua murid Tahap 1
Sila klik link galeri untuk koleksi foto majlis