Isnin, 6 September 2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK BANDAR PUSAT, SKK KPM KALI KE-44 / 2021

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK BANDAR PUSAT, SKK KPM KALI KE-44 / 2021



TARIKH    : 11 September 2021
HARI         : Sabtu
MASA       : 9:00 pagi
TEMPAT  : Kediaman masing-masing.
MEDIUM : Google Meet 


Dengan ini, diedarkan Notis Panggil Mesyuarat untuk rujukan tuan / puan.  Sekiranya tuan / puan ingin mencadangkan sebarang usul untuk dibicangkan pada mesyuarat tersebut, sila tekan pautan dibawah dan mengisi borang usul yang dilampirkan. Selain itu, tuan / puan juga boleh memberi cadangan calon untuk menjadi ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2021/2023 yang akan datang dalam borang dipautan kedua..

BORANG CADANGAN USUL

BORANG CADANGAN CALON JAWATANKUASA BARU BAGI SESI 2021/2023



Untuk Brouser


Link Google Meet:

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK BANDAR PUSAT, SKK KPMKALI KE-44 / 2021

Saturday, September 11 · 9:00am – 1:00pm

Google Meet joining info

Video call link: https://meet.google.com/zcv-odoq-sei



Sabtu, 4 September 2021

PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY- PENTAKSIRAN BILIK DARJAH.

 Program PLC : Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2021 bersama En Ahmad Rusydi Danial Cheng bin Abdullah, SISC+ Sains Social, PPD Maran.

Masa :9.30 Pagi
Tarikh :4 September 2021(Sabtu)



Alhamdulillah selesai Program PLC SK Bandar Pusat Bersama Rusydi Danial dari PPD Maran. Tahniah diucapkan kepada semua terutama barisan MLT dan Jawatankuasa.. Semoga Ilmu yang diterima member manfaat kepada kita. Terima kasih diucapkan kepada semua...













Khamis, 2 September 2021

PLN- PANITIA MATEMATIK PEMBINAAN MODUL


 SATU MODUL MATEMATIK PECAHAN TAHUN 3, telah dibina di atas kerjasama antara 3 buah sekolah iaitu SK Bandar Pusat, SK Seri Jaya dan SK Pulau Kerengga. semoga modul tersebut memberi manfaat kepada murid-murid bukan sahaja dari 3 buah sekolah ini malah untuk semua sekolah di Malaysia.

Isnin, 30 Ogos 2021

PLN - PANITIA SAINS SKBP BERSAMA SK SG BEREMBANG

 Tahniah Panitia Sains SK Bandar Pusat atas Program yang telah dijalankan iaitu Profesional Learning Network dengan SK Sungai Berembang.




Khamis, 26 Ogos 2021

PROGRAM TAUTAN MAHABBAH

 


Pada hari esok akan diadakan Program  tautan Mahabbah, 27 Ogos 2021, Jumaat jam 9:00 pagi

tempat kediaman masing-masing. Penglibatan ialah Guru-guru, PIBG, Ibu bapa/penjaga, murid-murid dan kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai. 


klik link: https://www.youtube.com/watch?v=L7Yx2nPDhow 

Rabu, 18 Ogos 2021

PENDAFTARAN/SEMAKAN PERMOHONAN MURID TAHUN 1 2022 (MEMBUAT PENGESAHAN PENEMPATAN)

 Assalamualaikum kepada semua ibu bapa/ penjaga murid tahun 1 tahun 2022, sila ke laman https://public.moe.gov.my  untuk membuat pendaftaran murid tahun 2022 / membuat semakan permohonan (bagi yang telah memohon) / membuat pengesahan penempatan (bagi yang telah memohon) / mencetak borang serta maklumat yang diperlukan.


Setelah masuk ke laman tersebut pilih bahagian Tahun 1 mendaftar permohonan murid (bagi yang belum daftar) / semak permohonan (bagi yang telah mendaftar).





bagi permohonan yang telah berjaya perlu mengesahkan penempatan murid serta kemaskini profil murid.


Jika terdapat sebarang masalah boleh hubungi pihak sekolah di talian 09-4676448

Isnin, 16 Ogos 2021

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2021

 


Sempena sambutan bulan kebangsaan 2021, pelbagai aktiviti telah dirancang. Diharap murid-murid dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.

Jumaat, 30 Julai 2021

PROGRAM KEBITARAAN ALAM SEKITAR 2021 (PERTANDINGAN PAKAIAN KONTENPORARI@TRADISIONAL) DARI BAHAN TERBUANG


 Assalam...jom sertai kami....


Program anjuran SKK kebitaraan alam sekitar SK Bandar Pusat...


Pertandingan mencipta pakaian KONTENPORARI @ TRADISIONAL dari bahan terbuang di antara unit uniform SK Bandar Pusat...


OBJEKTIF..

-melahirkan murid yang kreatif dan kritis

-memanfaatkan dari bahan terbuang

-cintai alam sekitar

-memjaga kelestarian alam sekitar..


Syarat Pertandingan...

- Terbuka kepada semua murid tahun 4.5.6

- Setiap murid mewakili unit uniform masing- masing

-Penilaian mengikut hasil individu...

-hadiah diberikan mengikut individu

-unit uniform paling banyak menyertai dan memenangi akan dikira johan keseluruhan unit uniform SKBP...

-Tarikh tutup pertandingan 30/08/2021

- sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan ustaz Kamarudin...

www.wasap.my/60148063372...

- 3 orang penyertaan terawal akan mendapat 1 set KFC Dinner plate....

Anugerah NILAM Perdana 2021


Assalamualaikum semua murid-murid SK Bandar Pusat, Satu Anugerah akan diberikan kepada sesiapa yang telah melaksanakan NILAM sepanjang tahun 2021. Di musim Pandemik ini murid-murid melaksanakan PdP di rumah, ini memberi peluang kepada murid untuk melaksanakan NILAM dengan lebih mudah. Pelaporan NILAM boleh dibuat melalui catatan di buku NILAM dan juga IQ-NILAM (secara Online). Untuk mengisi IQ-NILAM bolehlah layari laman sesawang https://iqnilam.moe.gov.my/, dengan memasukkan ID Delima dan Password murid boleh masuk serta mencatat laporan di dalamnya. untuk penerangan lebih lanjut sila layari di Youtube berkaitan penerangan cara menggunakan IQ-NILAM. Diucapkan semoga berjaya kepada murid-murid SK Bandar Pusat. Terima Kasih

READ & REVIEW 2021


 PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT SDG 4 PENDIDIKAN... - UiTM Cawangan Pahang | Facebook


PROGRAM "READ & REVIEW 2021" adalah satu program gabungan Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah, SK Bandar Pusat KK KPM. Program tersebut adalah salah satu program berbentuk kemasnyarakatan serta pnerapan KBAT dalam komuniti yang diadakan pada 31 Mei hingga 14 Jun 2021 yang lalu.

Program Read & Review 2021 yang berbentuk pertandingan ini diadakan dengan kerjasama  Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Pahang susulan dari memorandum Usahasama Pintar yang telad dimetrai oleh kedua-dua pihak pada Disember 2020 yang lalu menyaksikan program rintis, Gift of Reading telah dilancarkan dengan jayanya.

Seiring dengan keadaan semasa negara ketika [andemik Covid-19 ini, program ini telah dijalankan secara dalam talian melalui perkongsian rakaman video dengan ulasan bahan bacaan yang dipilih. Dengan 33 penyertaan secara keseluruhan, seramai 3 peserta telah dipilih segai pemenang utama dan 20 peserta sebagai pemenang saguhati. 

Diharap kerjasama ini akan dieteruskan bagi meningkatkan lagi minat membaca dikalangan murid SK Bandar Pusat. Malah meningkatkan lagi penglibatan murid dalam program NILAM. Jutaan terima kasih kepada pihak Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Pahang kerana memilih SK Bandar Pusat sebagai sekolah pilihan. 

Senarai nama pemenang Program Read & Review 2021.




Jumaat, 26 Februari 2021

PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2021

Selamat Kembali ke Sekolah kepada semua anak murid SK Bandar Pusat yang Tercinta, mari mengamalkan norma baharu dan patuhi SOP yang telah ditetapkan.. Kerjasama semua amat diperlukan dan disusuli jutaan terima kasih daripada warga SKBP... #kitajagakita