Khamis, 30 Julai 2015

BICARA BERIRAMA KE-3 KEBANGSAAN

27 - 29 Julai 2015, Pasukan Bicara Berirama Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat telah berada di perkampungan Karnival Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan yang telah dituani oleh Kelantan Darul Naim bagi tahun ini.

Penyertaan sulung pasukan Bicara Berirama SK Bandar Pusat telah membuahkan hasil berkat usaha gigih dan ketekunan jurulatih, guru, dan sudah tentulah para peserta sehingga meraih tempat Ketiga Kebangsaan.

Seluruh warga SK Bandar Pusat meluahkan penghargaan tidak terhingga di atas kejayaan yang mengharumkan nama sekolah terutama bidang kebitaraan SKK SK Bandar Pusat ialah Bahasa Melayu.

Tahniah