Khamis, 23 April 2015

HARI BUKU, JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

23 APRIL 2015 - Hari ketiga program Kem Membaca 1 Malaysia diteruskan dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia menerusi Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit anjuran Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia di Foyer Tun Abdul Razak SK Bandar Pusat.


Program tersebut yang juga dikenali sebagai Let's Read Together For 10 Minutes merupakan kali kedua diadakan seluruh negara.






Pada tahun 2014, Pahang berjaya mengumpul penyertaan sejumlah 224,155 orang yang telah menjumlahkan 2,500,050 peserta seluruh negara yang berhasrat membentuk masyarakat ke arah minat membaca walaupun dalam tempoh yang singkat (10 minit).

Program ini turut membudayakan inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu persekolahan yang merangka proses Pembelajaran Sepanjang Hayat Yang Holistik.

Program yang bermula pada pukul 10.00 pagi telah berakhir pada pukul 10.10 pagi. Semua warga SK Bandar Pusat telah melibatkan diri dalam menjayakan program ini.

Sila klik link GALERI untuk ikuti foto aktiviti ini.

Isnin, 20 April 2015

1MARAN 6CINTA

20 APRIL 2015 - SK Bandar Pusat melancarkan Program 1Maran 6Cinta Peringkat Sekolah oleh Tuan Guru Besar, Haji Hamzah bin Mat Ali semasa Perhimpunan Pagi Isnin di Dataran Kluster sekolah ini.




6 Cinta tersebut merangkumi Cinta Diri Sendiri, Cinta Ibu Bapa, Cinta Keamanan Sejagat, Cinta Sekolah, Cinta Tuhan dan Cinta Negara.

Beberapa aktiviti yang melibatkan segenap lapisan warga sekolah akan dilaksanakan bagi merealisasikan program yang dirancang.

Jumaat, 10 April 2015

JK KEPEGAWAIAN KEJOHANAN

10 APRIL 2015 - Sebahagian besar JK Kepegawaian Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas 2015 Peringkat Negeri Pahang terdiri daripada guru-guru SK Bandar Pusat.


Tahniah dan selamat bertugas.

Ahad, 5 April 2015

SKBP DI TAPAK RAMSAR BERA

5 APRIL 2015 - Guru Besar, Tuan Haji Hamzah bin Mat Ali bersama-sama 15 orang murid dan 2 orang guru SK Bandar Pusat telah turut menjayakan program yang berlangsung di Tapak Ramsar Bera.



Tahniah, SKBP!

SILA KLIK SLAAS ATAU GALERI SLAAS UNTUK INFO LANJUT

Jumaat, 3 April 2015

TUAN RUMAH BOLA TAMPAR ZON JENGKA

2 - 3 MAC 2015 - SK Bandar Pusat terus terpilih sebagai tuan rumah Pertandingan Bola Tampar MSSZ Zon Jengka yang berakhir pada hari ini.

Sebanyak 9 buah sekolah menyertai pertandingan dan selaku tuan rumah, SK Bandar Pusat turut menyertai pertandingan dengan mempertaruhkan kategori pasukan lelaki dan perempuan.




Sila ikuti koleksi aktiviti bergambar dengan klik link GALERI.