Sabtu, 28 Februari 2015

TAHNIAH


Sekolah Kluster Kecemerlangan turut dikenali dengan nama Sekolah Kluster dan Cluster School of Excellence merupakan sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia. Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Kewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah yang berada di luar kluster kecemerlangan.

Khamis, 26 Februari 2015

PROGRAM ANDA SIHAT ANUGERAH ALAM

25 FEBRUARI 2015 - Semua murid Tahap 2 SK Bandar Pusat telah mengikuti Ceramah Kesihatan yang disampaikan oleh Pegawai perubatan Hospital Jengka dengan tema Anda Sihat Anugerah Alam berlangsung dengan jayanya di Foyer Tun Abdul Razak. Program itu berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi di bawah kendalian Puan Nur Fatimah Binti Razali yang juga merupakan kaunselor sekolah.




Dalam program berkenaan, murid telah didedahkan dengan pemakanan sihat dan perlbagai isu kesihatan. Sesungguhnya pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut, di samping manfaat yang bakal diperoleh oleh setiap peserta program ini.

Isnin, 16 Februari 2015

PROGRAM GURU PENYAYANG

16 FEBRUARI 2015 - Warga SK Bandar Pusat menyambut kehadiran murid ke sekolah seawal 6.30 pagi.
Guru Besar menyambut kehadiran murid ke sekolah.
Semasa perhimpuan pagi, murid yang hadir paling awal telah dianugerah selepang Guru Penyayang.


Sila klik link GALERI untuk foto-foto lain.

Jumaat, 13 Februari 2015

KEM KEPIMPINAN MURID DAN ALAM SEKITAR 2015


13 Februari 2015 - Kem Kepimpinan Murid dan Alam Sekitar 2015 telah berlansung dengan jayanya di bawah kendalian Badan Bimbingan Kaunseling, Badan Disiplin SKBP, Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat.

Majlis tersebut telah disertai oleh lebih 150 orang murid daripada Badan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Briged Bestari, Pengawas PPDa, Pengerusi Kelab/Persatuan/Unit Beruniform, Ketua-ketua kelas, Briged Alam, Skuad Alam Sekitar dan unit terbaru iaitu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

Semua peserta telah melaksanakan ikrar Aku Janji dan menerima watikah pelantikan masing-masing dalam majlis yang disempurnakan oleh Tuan Haji Hamzah bin Mat Ali, Guru Besar SK Bandar Pusat.

Sesi Pengambaran Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas PPDa Bersama Tuan Guru Besar
Sila klik link GALERI untuk ikuti foto-foto lain.

Isnin, 9 Februari 2015

JERSI SUMBANGAN BANK RAKYAT JENGKA

9 FEBRUARI 2015 - Semasa perhimpunan Rasmi Isnin, kakitangan Bank Rakyat Cawangan Jengka telah menyerahkan Jersi Bola Sepak kepada Pasukan Bola Sepak SKBP.




Penyerahan jersi-jersi tersebut memberi semangat baru kepada Pasukan Bola Sepak SK Bandar Pusat yang akan menyertai Kejohanan Bola Sepak MSS Zon Jengka nanti.

Seluruh warga SKBP merakamkan jutaan terima kasih kepada Bank Rakyat Cawangan Jengka.

Ikuti foto lain dengan klik link GALERI

Jumaat, 6 Februari 2015

MERENTAS DESA LARIAN ALAM KERJASAMA BANK RAKYAT

6 Februari 2015 (Jumaat) - Unit Kokurikulum dan SLAAS dengan kerjasama Bank Rakyat Cawangan Jengka telah menjayakan Aktiviti Merentas Desa Larian Hijau SK Bandar Pusat.


Tuan Guru Besar, Hj. Hamzah bin Mat Ali turut bersama murid-murid melakukan senamrobik sebelum larian dimulakan.


Dalam pada itu, semua murid Tahap 1 terlibat dalam aktiviti mewarna yang dilaksanakan di Foyer Tun Abdul Razak. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Jengka.


Sila klik link GALERI untuk foto aktiviti

Isnin, 2 Februari 2015

SKBP DINILAI BAI'AH GURU BESAR

Selamat Datang kepada Panel Penilai Bai'ah (New Deal) ke SK Bandar Pusat pada 2 Februari 2015.