Sabtu, 21 Jun 2014

PELANCARAN BITARA SK BANDAR PUSAT

Sedia maklum Kelab Bumi Hijau dan Alam Sekitar serta Bahasa Melayu merupakan Kebitaraan Kokurikulum dan Kebitaraan Akademik SKBP.  Sehubungan itu, pada 21 Jun 2014, Sabtu yang juga merupakan hari persekolahan ganti Aidilfitri telah menganjurkan Program Pelancaran Bitara SK Bandar Pusat.

Perasmian telah dijayakan oleh Tuan Guru Besar, Haji Hamzah bin Mat Ali di Foyer Tun Abdul Razak SKBP.

Briged Alam telah ditubuhkan dalam kalangan murid sebagai pendedahan, bertanggungjawab dan amanah terhadap Penjagaan Alam Sekitar, manakala Briged Za'ba pula dipertanggungjawabkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia SKBP.

Seterusnya Tuan Guru Besar telah melekatkan penanda Skuad Pecinta Alam pada basikal-basikal murid yang hadir ke sekolah dengan berbasikal. Mereka bukan sahaja tidak membebaskan gas beracun tapi juga sihat kerana berkayuh ke sekolah dan pulang ke rumah.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil Anugerah NILAM daripada i-NILAM kepada penerima yang layak . Untuk pertengahan tahun 2014 ini, 90 orang murid layak mendapat anugerah.

rujuk foto di galeri

Ahad, 15 Jun 2014

SELAMAT KEMBALI BERSEKOLAH

16 Jun 2014 ini kita akan kembali bersekolah. Pastinya kalian telah mengisi masa cuti dengan pelbagai aktiviti menarik, seronok dan berfaedah.

Ingat dan semak jadual, apa yang perlu dibawa ke sekolah. Sudah semestinya kalian akan membawa semangat dan azam baru untuk lebih berjaya dan mengharumkan nama baik keluarga dan sekolah kita.

Apapun, bersempena Hari Bapa, sudah tentu ada sesuatu untuk bapa kalian yang telah mencurahkan begitu banyak keringat, bakti dan masa untuk anak-anak mereka tersayang. Oleh itu, selamat menyambut hari bapa dan selamat kembali ke sekolah.